top of page
Search

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7

  • Writer: Hanis@IFEnderman
    Hanis@IFEnderman
  • May 9, 2018
  • 2 min read

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 atau nama ringkasnya SK Seksyen 7, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 7/3, Seksyen 7.


SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 2002. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A - Blok Pentadbiran Blok B - Makmal Sains dan Makmal Komputer Blok C - Kelas, kantin dan padang permainan. Sekolah ini menerima seramai 530 orang murid semasa ia mula - mula dibuka dimana ia merangkumi murid - murid dari tahun 1 hingga tahun 4. pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja. Terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain - lain belajar di sini. Sehingga kini, murid di sekolah adalah seramai 1476 orang merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. Sekolah ini pada awal penubuhannya ditadbir oleh seorang guru besar yang bernama En. Sabarudin bin Abu Bakar dan dibantu oleh 38 orang guru. Sekolah ini mempunyai seramai 2 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini menjalankan persekolahan sesi pagi sahaja. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 76 orang guru yang mengajar di 45 buah kelas dan dibantu oleh 4 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dengan keluasan 4.6 ekar dan merupakan sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B, ianya dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan peralatan termasuklah 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, sebuah pusat sumber, kantin, tandas, kedai buku, bilik gerakan guru, pejabat dan banyak lagi. Semua ini menjadikan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 menjadi pilihan ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak - anak mereka menuntut ilmu di sini. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari 2002 dengan menerima murid yang tinggal di sekitar Sungai Chua, Sungai Ramal, Seksyen 5, Seksyen 7 dan Sungai Tangkas dengan latar belakang murid dari pelbagai golongan masyarakat. Kini, pertumbuhan pesat kawasan perumahan persekitaran khasnya, perumahan Seksyen 7 telah menjadikan sekolah ini tumpuan utama penduduk dan murid- murid meningkat seramai 2012 orang.

 
 
 

Comments


  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Instagram Social Icon

Motivation Quote

The past cannot be changed.

The future is yet in your power.

Hanis@

IFEnderman

A BLOG BY HANIS FARHAN 

The past cannot be changed.

The future is yet in your power.

WEEKLY NEWSLETTER 

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black YouTube Icon
bottom of page