SMK Tanjong Puteri
- Hanis@IFEnderman
- May 9, 2018
- 1 min read
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri atau nama ringkasnya SMK Tanjong Puteri, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Baling, Kuala Ketil, Kedah.
SEJARAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri pada mulanya dikenali sebagai SMK Kuala Ketil II, diasaskan pada Januari 1985 untuk menampung kemasukan pelajar daripada sekolah-sekolah rendah di sekitar pekan Kuala Ketil. Ketika mula ditubuhkan SMKK II masih tidak mempunyai bangunan sendiri. Lantaran itu pihak pentadbiran dan pengurusan terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil. Pada peringkat awal penubuhan, jumlah pelajar hanya 313 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jumlah kelas ialah lapan buah, iaitu 4 kelas tingkatan 1 dan 4 kelas peralihan. Kakitangan sekolah terdiri daripada 14 orang guru dan seorang jaga.

Pada tahun berikutnya iaitu 1986 barulah pengurusan dan pentadbiran berjalan sepenuhnya di bangunan sendiri. Jumlah pelajar meningkat kepada 601 orang. Kakitangan sekolah pula terdiri daripada 27 orang guru, seorang kerani, seorang pembantu makmal rendah, 2 orang pekerja am dan seorang jaga.
Pada 1 Januari 2011, Sekolah Menengah Kuala Ketil II telah ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri.
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Visi
Sekolah Cemerlang Dan Berintegriti
Ulasan Saya
Saya, Muhammad Hanis Farhan dari 3 Waja(2018) amat berbangga dapat bersekolah di SMK Tanjong Puteri(SMK TPi) kerana sekolah ini memiliki kalangan pelajar yang baik hati dan berdisiplin. Selain itu, guru-guru di sekolah ini sangat mengambil berat tentang akademik dan disiplin pelajar-pelajar. Saya berharap agar sekolah ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan bagus dari segi akedemik serta kokurikulum.
Kenyataan
Sebenarnya saya tak beberapa pandai nak buat ulasan..:)
留言